contest menyingkap pengorbanan mak dan abah

Apa khabar semua ? Dah masuk petang dah ni. Jangan bazir masa. Cepatt! Pergi cakap 'I  you' kat papa and pama masing-masing. Mak dan ayah adalah orang yang teristimewa di dunia ini. Untuk mengenang jasa-jasa dan pengorbanan ibu bapa, saya dengan rendah dirinya menyertai contest menyingkap pengorbanan mak dan abah :')


(KLIK BANNER)

izinkan saya mengguna bahasa Manglish (BM/English)

mode : Child by Freddie Aguilar

Mengingati semula pengorbanan bapa dan ibu memang menyentuh hati. Betapa bertuahnya saya kerana telah dianugerahkan ibu bapa yang menyayangi saya serta adik-beradik. Daddy, you're the best dad ever. Loving me, taking care of me and you never forget about your responsibly towards me and my sibs. I love you so much daddy. Mummy, I know God love you more. That's why He took you from us. You leaved us more than 2 years now. But one thing that I know is, you will ALWAYS be in our hearts. I love you soooo much, mummy. 

Abah saya (saya panggil dia Daddy) masih sihat walafiat, masih mampu menampung keluarganya :') Can't imagine my life tanpa dia. I rely on him so much. Saya dan adik-beradik sentiasa menyusahkan beliau tetapi beliau tak pernah merungut. Beliau memang daddy yang terbaik di dunia.

Daddy,
Engkaulah insan yang sangat aku hormati,
Engkaulah insan yang termulia di dunia ini,
Pada pandangan akal dan hatiku,
Kesabaranmu amat mengagumkan aku,
Tanpa mengenali erti letih dan keluh kesah,
Demi membesarkan anakmu yang nakal ini.

Daddy,
Kepayahan kau mendidik anak-anakmu ini,
Teramatlah kami sebagai anakmu hargai,
Engkau tidak pernah berhenti berjuang,
Sehinggalah anakmu ini berjaya dalam kehidupan,
Terima kasih dan I love you so much, papa,
Semoga diriku mampu membalas semua jasa baikmu.

Daddy,
Walaupun engkau selalu memarahi diriku ini,
Aku sangat sedar bahawa aku yang salah,
Engkau lakukan semua itu untuk kebaikan aku,
Agar kehidupan dipenuhi dengan nilai-nilai murni,
Agarku membesar menjadi insan yang berakhlak.

Mak saya (daku memanggilnya Mummy) telah meninggal dunia pada 5hb Februari 2009. Masa tu, saya umur saya baru 12 tahun. Betapa sedih saya apabila beliau meninggalkan saya tersampailah saya katakan bahawa semua ini tidak adil. Saya kata Tuhan bersikap tidak adil. Kenapa Engkau memilih mak saya, Tuhan ? Kenapa bukan mak insan-insan yang lain ? Why MY mother ? Ahhhh, itulah yang saya pernah berkata. Semakin lama, semakinlah diriku sedar. Mak saya pergi kerana Tuhan SANGAT menyayanginya. Tuhan tidak mampu melihat mak saya merana di dunia ini. Tuhan nak mak saya memiliki hidup yang bahagia di Syurga. Saya percaya saya akan bertemu dengannya di Syurga pada masa yang akan datang. Amin.

Mummy,
Engkaulah insan yang amat diriku rindukan,
Engkaulah insan yang amat diriku sayangi,
Diriku tak percaya engkau telah meninggal,
Ohh, susahnya hidupku tanpa kehadiranmu.

Mummy,
Aku sedar engkau tiada di samping diriku ini,
Tetapi aku percaya engkau melihat aku dari Syurga,
Sentiasa memimpin diriku sehinggalah aku berjaya,
I love you, I never gonna forget you, I will always miss you.

Mummy,
Aku betul-betul nak membanggakan engkau,
Nak membanggakan engkau dari segi apa-apa pun,
Tak kita pelajaran, kerjaya, sosial dan apa-apa saja,
Asalkan engkau bangga mempunyai anak seperti aku.

Mummy and Daddy,
I will forever love you too :)

Hayati lirik lagu ini -->


Lagu ini sangat menyentuh perasaan :') 

BUATLAH SEGALA-GALANYA YANG AKAN MEMBANGGAKAN IBU BAPA KITA. IBU BAPA KITA TELAH BERKORBAN DEMI KEBAHAGIAAN KELUARGANYA. IT'S TIME UNTUK KITA YANG MEMBALAS SEMUA JASA-JASA DAN PENGORBANAN MEREKA :')

 sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...