Cerita Yang Saya Nak Kongsi

# hello.semuaaaa!
<><><>
<><><>
CONTEST : 
Cerita Yang Saya Nak Kongsi

Dah pukul 10 lebih, diriku tak peduli,
Mestilah layan contest yang best dulu,
Kalau kengkawan Joel menyukai contest ini,
Jangan tidur dulu, buat entry dahulu.

Kalau kengkawan ada hati nak join,
Sila tekan banner yang menarik atas itu,
Lepas tekan banner, you are counted in,
So, apa tunggu lagi? tekanlah banner itu.
><><><><><><>
Melihat rakanku itu menyiram flower,
Nama kawan aku itu ialah Philow,
Kalau join, mestilah jadi follower,
Sebab itulah diriku pun terus follow.


Ehhh! Saya memang dah followlah !
hehehehe :D
 
Hadiahnya, xdpt jumpa dekat pekan,
Rasa macam nak naik gilerr saja ni !
Nah tahu hadiah ? Mestilah mahukan ?
Hadiah yang menarik ada tertera di SINI
<><><
Bonus Raya :
Winner Set Adidas bernilai RM150
2nd Place Set Tropicana Life bernilai RM80
3rd Place RM50 MPH Bookstore Cash Voucher
Consolations ( 3 places ) Johnny English Reborn Movie Ticket

rasanya macam nak lari-lari mcm dia ni ! 
seriously tidak AWESOME gilerr hadiah tu  !
Smiley <-- meleleh air liur saya ;D
<><><
'Apa hal dengan dia tu' tanya Torry kepada Liz,
'Dia gila + insane + crazy kott' jawab si Torry,
Semoga semua menyukai apa yang akan kutulis,
Tibalah masa untuk diriku berstory-mory.
<><><
<><><
Kawanku tinggal di kawasan Ulu Skrang,
Untuk mendapatkan wang yang banyak,
Diriku ini akan mula bercerita sekarang,
Bersedialah dengan tisu yang banyak :p
<><><
mode : bercerita sambil mendengar lagu Anak

Pada hari Rabu, 4 Februari 2009, saya dan abang berada di rumah ibu saudara kami. Berasa risau. Sangat resah. Sangat gelisah. Kami memikirkan tentang ibu kami yang telah pun dihantar ke hospital di Kuching, Sarawak untuk menjalankan rawatan di sana. Beliau menghidap penyakit kanser otak. Terdapat tumor di otaknya. Ohh, betapa risaunya kami memikirkan tentang itu. Bagaimanakah hidup kami tanpa beliau di sisi kami ? Siapa yang akan menjaga kami ? Semakin kami fikirkan tentang perkara ini, semakinlah kami risau tentang keadaan ibu kami. Nak telefon, tidak boleh. Sekadar nak tanya khabar .. pun tidak boleh. Kenapa ?! Mummy .. I miss you sooo much.. 

.... ringringringring!..

Telefon berdering dan abang bergegas untuk menjawabnya. Rupa-rupanya, ia MUMMY kami ! Beliau katakan 'Aku sayu nah anih. Meng kelo' kawah laan.' yang bermaksud saya dah sihat sekarang. Kamu orang tak perlu risau lagi. Beliau berkata seolah-olah tahu kami risau tentang keadaannya. Saya dan abang berasa lega sangat-sangat. Terima kasih, ya Tuhan ! Kami pun meneruskan hari tersebut dengan perasaan lega ..

Hari Jumaat pun tiba dalam sekelip mata. Bangun awal pagi untuk pergi ke sekolah. Bersiap sedia and we're ready to go to school. Setibanya di sekolah, mulalah berkongsi tentang perkara-perkara yang berlainan dengan kawan-kawan. Ada cerita gembira, ada cerita sedih. Sememangnya rutin harian di sekolah ...

Setelah waktu persekolahan tamat, ucapan 'byebye' pun diucapkan dan semua pun balik ke rumah. Setibanya di rumah ibu saudara, saya mula menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ibu saudara saya keluar untuk membeli kuih-muih untuk makan tengah hari. 

Tak lama kemudian, ibu saudara saya pun pulang ...

... # ibu saudara keluar dari kereta sambil menangis ..

'Wahai anak-anakku, kamu orang tabahkanlah hati korang. Be strong and believe in God.' kata ibu saudara kami. 'Kenapa ? Apa yang terjadi ?' tanya kami. 'Mummy korang ..*diam sejenak*.. dah tiada,' jawabnya. 

...  #saya dan abang mula menangis

'OHHHHH TUHAN !! Kenapa Engkau sanggup lakukan semua ini, Tuhan ? Kenapa ibu kami, ya Tuhan ? Tuhan, Kau tak adil !!,' laung kami sambil menangis. 'Jangan cakap macam itu. Tuhan sayang mak korang lebih daripada apa-apa pun. Itu sebab dia telah memanggilnya pulang ke Syurga. Sabar anak-anakku.' tegur ibu saudara kamu.

Diri kami tak percaya dengan kata-kata ibu saudara kami. Kami pun menelefon ayah saya yang berada di Kuching. 'Daddddddy, is it true yang mummy dah meninggal?' tanya kami. 'Sabar anakku, sabar. Tuhan lebih menyayangi mummy korang. Tuhan tak nak lihat mummy korang bersedih di dunia ini. He want her to have a better life. A better life in Heaven' jawab ayah dengan nada yang sedih.

Ohhhh mummy. I miss you soo much :''(


Mummy,
Engkaulah insan yang amat diriku rindukan,
Engkaulah insan yang amat diriku sayangi,
Diriku tak percaya engkau telah meninggal,
Ohh, susahnya hidupku tanpa kehadiranmu.

Mummy,
Aku sedar engkau tiada di samping diriku ini,
Tetapi aku percaya engkau melihat aku dari Syurga,
Sentiasa memimpin diriku sehinggalah aku berjaya,
I love you, I never gonna forget you, I will always miss you.

Mummy,
Aku betul-betul nak membanggakan engkau,
Nak membanggakan engkau dari segi apa-apa pun,
Tak kita pelajaran, kerjaya, sosial dan apa-apa saja,
Asalkan engkau bangga mempunyai anak seperti aku.


I love and miss you, mummy :')

Okay, itulah cerita sedih hidupku. Hopefully korang sukakan dan saya harap korang tolong doakan kebahagiaan kami selalu walaupun ibu kami telah meniggal dunia pada 5 Februari 2009. Saya berharap rohnya sentiasa bahagia di tempat yang lebih bagus. Amennn.


2 comments:

  1. hi joel :)

    thanks sebab sudi join contest nina . moga joel tabahkan hati selalu .

    have a nice day n good luck :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...