CONTEST MARI BERPANTUN


Sudah sangat lama kita tidak bersua,
Macam tidak saling kenal pula kita ini,
Salam perkenalan buat anda semua,
Hari ini saya sertai contest yang ini.

Contest yang teramatlah hebat lagi menarik,
Tajuknya pun tersangat-sangatlah baik punya,
Saya sangat pasti akan membuat anda tertarik,
CONTEST MARI BERPANTUN tajuknya.

Sombong, kedekut dan jugalah dengki,
Janganlah diri kita ini bersikap seperti itu,
Kalau kengkawan saya nak join contest ini,
Sila tekan banner yang awesome di atas itu ;)

Jikalau anda seorang penduduk di Malaysia,
Anda merupakan seseorang yang bertuah,
Kalau nak hadiah, jangan buat ini sia-sia,
Peluang keemasan anda untuk cuba tuah.
 
Hidup ini sememangnya tidak senang,
Memang ada cabaran sentiasa mendatang,
Jikalau ada peluang untuk diriku menang,
Akanku berikan kepada kakakku tersayang.
 
Kita sertai contest sememangnya ada syaratnya,
Dengan hati yang terbuka, syaratnya aku patuhi,
Menjadi follower merupakan salah satu syaratnya,
Oleh itu, saya dengan relanya follow blog itu dan ini.


 
 
Contest yang amat menarik diriku sertai,
Dengan hasrat untuk memenangi hadiah,
Contest menarik, pengajur yang baik hati,
Contest dianjurkan oleh minahngokngek.

Minahngokngek seorang blogger yang hebat,
Sememangnya hebat dan menarik blog beliau,
Semoga beliau dikurniakan hari yang hebat,
Bersama semua yang tersayang bagi beliau.
 
Smiley
 
Berbuat jahat, keji dan kejam..jangan!
Buatlah perkara berfaedah seperti berblog,
Disini aku selitkan beberapa cadangan,
Untuk minahngokngek hebatkan blog.

header
 Sememangnya banyak insan yang suka ada blog,
Saya pula seorang yang berblog sambil makan umai,
Berharap minahngokngek buat header untuk blog,
Supaya blog itu semakin hebat dan disukai ramai.

Header blog merupakan satu elemen paling penting,
Dalam dunia berblogging yang sangat popular ini,
Mengapakah header blog itu sesuatu yang penting?
Header blog menunjukkan personaliti dan intipati.

background
Background blog penting, wahai minahngokngek,
Ia elemen yang tunjuk perasaan dan keunikkan blog,
Carilah background mengikut suka minahngokngek
Pasti akan menceriakan dan memperhebatkan blog. 
 
Ada satu perkara yang juga amat penting,
Pastikan background tidak menyakitkan mata,
Simple but nice, itu yang teramatlah penting,
Disukai semua orang dan menyejukkan mata.
 
Smiley
 
Sekian sahaja entriku kali ini,
Ikhlas dari insan bernama aku,
Hadiah menarik dikejar kini,
Buat kakakku, itulah inginku.

Akhir sekali, 10 jari disusun aku,
Jikalau ada kesalahan diri aku,
Membantu itu memang niat diriku,
Semoga cadangan dapat membantu.

Ucapan sekian terima kasih penutup bicara,
Berharap minahngokngek sukakan entri ini,
Telah diri aku cuba pelbagai kaedah dan cara,
Untuk memenangi contest yang menarik kali ini.

Sekian, terima kasih :)




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...