Contest : Siapakah Yana Nickhun ?


Salam. Okay, nak join contest yang menarik ni.

dah follow dah blog Yana tu :)



Bangun pagi, tercari-cari si Yana ni idolanya, Nickhun.



 Buka laptop, cari video yang terpapar wajah Si Nickun di dekat YouTube.


Poster Nickhun memang berlambak-lambak kat rumah Yana. Terlekat sini, terlekat sana.



Jadi, siapa Yana Nickhun?

Adakah beliau setengah Yana, setengah Nickhun? Ermm, Yakhun? 

EHHHHHHH, BUKAN :O

Beliau cumalah seorang peminat setia kepada seorang

artis K-pop, Nichkhun Horvejkul, iaitu ahli kumpulan 2PM.

Di sini ada satu kisah. hehehe. jeng jeng jeng jeng!

Yana telah terpilih menjadi seorang exchange student semasa beliau berada di Tingkatan 1 kerana markah amat hebat. Semuanya 100% terutamanya dalam Subjek Bahasa Korea. Memang fasih beliau bercakap dalam bahasa Korea. Beliau akan di-'exchange' ke mana? KOREA. Wahh, memang gembira giler-giler Si Yana ni. Jadi, beliau pun bersiap-sedia kerana beliau akan ke Korea dalam beberapa hari saja lagi dengan beberapa rakan-rakannya yang lain.

*hari ke Korea*

Terbanglah mereka ke Korea  dan selepas 1 hari suntuk di dalam kapal terbang, tibalah mereka di Korea. Yana seakan tidak percaya beliau berada do Korea sehingga meminta rakannya untuk mencubit beliau. hehe. Jadi, mereka teruskan saja pengembaraan mereka di situ. Mereka meneruskan saja pengembaraan mereka di sana sehingga hari terakhir.

Tempat terakhir mereka pergi adalah ke Lotte World.


Cantikkkk giler tempat tu. Tetapi, Yana masih tidak berpuas hati. Sedihh kerana .... beliau belum berpeluang untuk berjumpa dengan Nickhun. Huhuhu. Hampa, pilu, kecewa beliau. Sambil beliau masih sedih, tiba-tiba bunyi sorakan besar dari tingkat atas. Yana dan rakan-rakannya berasa hairan. Lalu, pergilah mereka ke atas untuk check. Memang susah nak tengok apa yang berlaku tu. Terlompat-lompat nak tengok apa yang terjadi tu. Perghhh, susah giler. 

Tiba-tiba, seorang announcer Korea berkata

'λ‚˜λŠ” Nichkhun λΆ€νƒ!!!'

Yana tergamam. Beliau tak percaya idolanya keluar dari pentas yang agak besar tu. Terasa nak pengsan beliau. Terlompat-lompat kegembiraan Yana dan rakan-rakan yang juga merupakan peminat Nichkhun. "Woahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!' 'Nickhunnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!' Memang seperti orang gila Yana apabila Nickhun menyanyi lagu kegemaran beliau. 



Setelah kira-kira 30 minit, tiba masanya untuk ke Airport sebab nak balik Malaysia. Sedihhhh Si Yana ni.


Sedihhh je Yana. Huhuhu. Pergilah mereka ke Airport. :(

*kat airport*

Check in dan lepas itu masuk kapal terbang. Apabila dah selesa di tempat duduk masing-masing, ada sekumpulan paparazzi sedang mengambil gambar seorang insan ini. Yana tak tahu pula siapa tu. Apabila insan tersebut masuk ke dalam kapal terbang, Yana dapat melihat wajah putih seorang jejaka yang beliau kenal. Siapakah insan tersebut?

NICKHUN!

Wahhhhhhhh! Terkejut Yana! Rupa-rupanya Nickhun dan ahli kumpulan 2PM akan ke Malaysia untuk membuat konsert. Yana seolah-olah tak percaya. Terus Yana berdiri lalu berlari ke arah Nickhun dan miminta tandatangan beliau. Excited si Yana. Lepas tu, Yana suruh kawannya mengambil gambar beliau bersama Nickhun. Ish2, sempat :p hehehe. 

*sampai Malaysia*

Yana terus ke kedai gambar untuk mencuci gambar beliau bersama Nickhun. Saiz yang PALING besar dan Yana juga telah frame-kan gambar tersebut. Wahhh.


sekiann. Hebat tak experience Si Yana yang saya reka? #cakap hebat ok? :p

 saya tag 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...