Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta

Wooohoo! Excitedddd gilerrr ni. Hehehehe :B

Dari Geng fiQ'Ra kami berkenalan,
Semakin hari, semakinlah rapat,
Menyertai contest, menjadi amalan,
Banyak perkara boleh didapat! :)


sila tekan banner kalau nak join ^_^v

Yerrrr, tiba masanya untuk sertai contest pasangan yang paling loving lagi comeyy, KK & NL
Pewittttttt! *saje-saje kacau korang.  Hehehehe :B


Saya pilih tema:



Ungkapan :

     Sahabat ibarat insan terbaik dalam hidupku 
dan sering sejalan denganku dan yang menjag
nama baikku ketika aku hidup atau 
selepas aku meninggal. Dialah yang mewarnai 
hidupkdan membuat aku tersenyum !


Kenapa gambar ini bersesuaian? 
Seperti yang kita tahu, NARUTO ini selalu bersama dengan kawan dia tak kira susah atau senang. Gambar ini semakinlah sesuai kerana ia menunjukkan mereka sedang berjalan bersama-sama sambil tertawa bersama #walaupun Sasuke emo macam biasa :B ^___^

Naruto menjadi pujaan ramai,
Beraksi di dalam televisyen,
Marilah kita ramai-ramai,
Berkawan tanpa bertension :)

Kenapa pilih quote ini?
Quote ini BESAR ertinya untuk saya....

   Sahabat ibarat insan terbaik dalam hidupku 
Ya, sememangnya hidup ini tiada erti tanpa sahabat. Memang kita mempunyai adik-beradik, ibu bapa, dll tetapi seorang sahabat memainkan perana yang penting dalam kehidupan seseorang. Biasanya sahabat menjadi orang pertama yang dapat membantu kita terutamanya berada di tempat seperti sekolah dan tempat kerja. Merekalah yang paling cepat bertindak. Bagi saya, tanpa sahabat, hidup pasti kesunyian dan lebih sukar :)



dan sering sejalan denganku 
Sering sejalan denganku. Ohyeahhh! Seorang sahabat adalah seorang yang boleh dikira membesar dengan kamu. Setiap perkembangan ketahui, setiap perubahan disedari. 

dan yang menjagnama baikku ketika aku hidup atau selepas aku meninggal. 
Ohhhh, ini penting! Seorang itu tidak digelar sebagai sahabat jikalau tidak menjaga nama baik sahabatnya. Itu hipokrit namanya. Dalam persahabatan, kenalah ikhlas. Jikalau seseorang itu menjatuhkan maruah seorang kawan, dia merupakan orang yang mementingkan diri sendiri di mana apabila dalam kesusahan, meminta pertolongan tapi apabila kesenangan, batang hidung pun tak kelihatan.

Dialah yang mewarnai hidupkdan membuat aku tersenyum !
Mewarnai hidupku dengan pelbagai cara. Berseronok dengan saya, bersedih dengan saya. Seorang sahabat yang sentiasa di situ apabila diperlukan mahupun tidak dperlukan. A true friend(s) is someone who we can count on. Setiap hari tersenyum kerana sahabat menceriakan hariku dengan lawak jenaka. ^___^


Untuk siapa Quote tu ditujukan?


Saya tujukan quote ini kepada rakan-rakan saya di sekolah :)


Tu saya bersama 3 orang sahabat saya. Posing LOVE tuuu. Hehehe. Kami memang dari Form 1 dah berkawan. They simply brighten up every day of my life ^___^
Semoga persahabatan kami kekal. Ameeennn :)

Apa pandangan saya tentang Cinta Sejati atau Sahabat Sejati ?



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu bantuan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
SAHABAT YANG SEJATI MEMANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP SEORANG INSAN. 


Contest akan dijalankan mulai ,
3 FEBRUARI - 9 FEBRUARI jam 11malam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...