Short but Meaningful

Photobucket

tekan banner untuk sertai :)

Betapa besarnya sayang Yati terhadap Tini. Tini merupakan teman belajar, teman menangis dan teman ketawanya. Mereka bagaikan aur dengan tebing. Tidak boleh dipisahkan. Kehadiran Tini menceriakan kehidupannya. Tetapi, segala-galanya akan berakhir. Keceriaanya dan kegembiraan kehidupan Yati direntap apabila mengetahui rakannya itu menghidap penyakit kanser. Tini berjalan dengan penuh keresahan ke arah Encik Rosli, ayah kepada Tini. Yati merayu-rayu sehingga sanggup melutut di kaki Encik Rosli supaya Encik Rosli ingin menghantar Tini ke hospital. Tindakan Tini laksana mencari sungai yang tiada berhulu. Pendirian Encik Rosli memang tiada tandingannya. Bagi Encik Rosli, menghantar anaknya ke hospital adalah perkara yang melanggar pantang larang. Perubatan secara tradisional tidak boleh ditukar. Harus diteruskan. Itulah mind-set Encik Rosli. Kerana tiada apa pun yang dapat dilakukan lagi, Yati redha. Sebelum Tini meninggalkan bumi ini, Yati bersama dia tanpa mengenal erti lelah. Bercakap tentang persahabatan yang terjalin. Begitulah rakan yang sejati. 

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
    3 Feb - 10 Feb 2012

sekian. terima kasih ^_^v      

2 comments:

  1. sedih pulak baca entry ni..:(

    mmg ada kan org cm ni..:(

    cita betoi ke cite novel ni..:D

    thanks for joining..:)

    good luck..:)

    ReplyDelete
  2. http://www.nornadiah.com/2012/02/senarai-nama-join-short-but-meaningful.html

    list nama..:)

    gud luck again..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...