1st giveaway by hayat acai berry terbaekk!

 
Sudah sangat lama kita tidak bersua,
Macam tidak saling kenal pula kita ini,
Salam perkenalan buat anda semua,
Hari ini saya sertai giveaway yang ini.

Giveaway yang teramatlah hebat lagi menarik,
Tajuknya pun tersangat-sangatlah baik laaa,
Saya sangat pasti akan membuat anda tertarik,
1st giveaway by hayat acai berry terbaekk!

Sombong, kedekut dan jugalah dengki,
Janganlah diri kita ini bersikap seperti itu,
Kalau kengkawan saya nak join giveaway ini,
Sila tekan banner yang awesome di atas itu ;)
Smiley 
Jikalau anda seorang penduduk di Malaysia,
Anda merupakan seseorang yang bertuah,
Kalau nak hadiah, jangan buat ini sia-sia,
Peluang keemasan anda untuk cuba tuah.

JOM KITA KENALI APA ITU
 HAYAT ACAI BERRY! (:

 

Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.

Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.

Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mempu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangdsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.

Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat. 



Dr. Nicholas Perricone, seorang pakar perubatan berkata, buah acai beri merupakan pemakanan paling berkhasiat dan buah yang bertenaga secara semula jadi.
Buah ini turut diekstrak untuk dijadikan produk kosmetik dan kecantikan kerana ia mengandungi minyak khas yang dikatakan kaya dengan sumber antioksidan.
Melalui kajian yang dijalankan, minyak buah acai beri merupakan alternatif selamat untuk kulit wajah dan badan. Ia juga boleh digunakan sebagai syampu dan perapi. Apabila minyak acai beri diproses dan disimpan untuk jangka masa yang panjang, paras antioksidan kekal tinggi.
Namun bagi mereka yang alah kepada debunga atau alah kepada sebarang jenis buah beri, anda mungkin perlu mengelak memakan buah ini. Walaupun begitu, pengambilan dalam amaun yang kecil dikatakan tidak memberi sebarang kesan pada pengamalnya

 

semua info MENARIK ini didapati daripada acaiberryputrajaya :)

Smiley 

 Smiley

Sekian sahaja entriku kali ini,
Ikhlas dari insan bernama aku,
Hadiah menarik dikejar kini,
Hadiah buat diriku, itulah inginku.

Ucapan sekian terima kasih penutup bicara,
Berharap kalian semua sukakan entri ini,
Telah diri aku cuba pelbagai kaedah dan cara,
Untuk memenangi giveaway yang menarik kali ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...