Contest : Bergambar Dengan Yang Tersayang



Jom, kita semua sertai contest yang ini,

Boleh menang, tolong aku dipercayai,
Contest yang hebat giler, diriku sertai,
Contest Saya Sayang... yang menarik!

Sombong, kedekut dan juga dengki,
Janganlah diri kita bersikap seperti itu,
Kalau kengkawan saya nak join contest ini,
Sila tekan banner yang awesome di atas itu ;)

 Pergi ke sana, pergi ke sini, ADUH! aku tak larat,
Tolong kau pergi buat sendiri kerja yang itu,
Menjadi follower, salah satu daripada syarat,
Aku pun terus follow blog yang hebat tu!
#fanpage pun dah diLIKE :)

Hidup kita ini haruslah dinikmati,
Harus senyum, jangan sedih-sedih,
Koleksi gambar telah diterokai,
Inilah dia orang yang paling aku sayang ;)


Yup, merekalah orang yang paling aku sayangkan.

gambar bersama

saya dan kakak :) *gambar lama dahh ni. haha*


Saya sayang kakak saya kerana ...
  1. Beliau bagaikan seorang IBU kepada diriku. Setelah ibuku meninggal dunia, beliau yang banyak melakukan kerja-kerja rumah. Tanpa beliau, kebersihan rumah memang tak dapat dikekalkan.
  2. Seorang pemberi nasihat yang TERBAIK. Apabila aku atau adik-beradik yang lain dilanda kesusahan seperti konflik, beliau selalu disitu untuk memberi nasihat. Setelah nasihatnya diberi, kami akan bersa tenang dan masalah kami dapat diselesaikan :)
  3. Seorang guru yang BERTANGGUNGJAWAB & TABAH. Beliau bekerja sebagai seorang guru Pendidikan Khas. Bukan senang nak ajar pelajar yang ada masalah fizikal dan mental. Walaupun begitu, aku dapat mengesan bahawa beliau berusaha untuk memberi pengajaran yang bagus kepada pelajarnya. Walaupun kadang-kadang pelajarnya buat hal macam berlari betempiaran, membuang air sembarang, dan lain-lain, beliau akan menegur dengan lemah lembut, bukan secara kasar.
  4. SERONOK nak bergambar dengan kakak aku ni. Bermacam-macam pose dah aku dan kakak aku ambil. Ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang sporting. Pose lucu, serius, menangis.. semuanya ada! Memang senyuman di muka terukir apabila melihat semua gambar-gambar kami berdua. Hehehe.
  5. Seorang yang YAKIN & SERBA BOLEH. Bercerita, boleh. Bersyarah, boleh. Bersukan, boleh. Memasak, boleh. Memandu, boleh. Mendapat keputusan cemerlang, boleh. Dengan keyakinan dan usaha yang ada pada diri beliau, pelbagai perkara yang mampu dilakukannya!
Smiley

jom join akak NiaLidia n bro KamilKahar and also akak azatiesayang. hehehe :b

 tarikh tutup dilanjutkan dari 16 jun kepada 16 Julai

 Smiley

Sekian sahaja entriku kali ini,
Ikhlas dari insan bernama aku,
Hadiah menarik dikejar kini,
Hadiah buat diriku, itulah inginku.

Ucapan sekian terima kasih penutup bicara,
Berharap kalian semua sukakan entri ini,
Telah diri aku cuba pelbagai kaedah dan cara,
Untuk memenangi contest yang menarik kali ini :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...